Saturday 9 June 2012

tugasan kelima-flyer


5.0         Ttugasan 5
Tugasan ini adalah tugasan terakhir yang merujuk kepada penggunaan perisian adobe in design. Perisian ini adalah sebagai pemudah cara untuk membuat risalah (flyer). Ianya juga dapat digunakan untuk membuat pamphlet bagi kegunaan pejabat dan mengiklankan barangan dengan lebih mudah.kumpulsn B telah diberi kebenaran untuk mengiklankan pelbagai jenama kasut yang berada di pasaran. Maka saya telah diberi kebenaran untuk membuat risalah mengenai jenama kasut terkenal iaitu JOMA dan NEW BALANCE.

 
5.1.1 (1) bahagian luar risalah yang mengiklankan kasut jenama joma.-muhamad khalid


5.1.1 (2) bahagian dalam risalah yang mengiklankan kasut jenama joma.-muhamad khalid



 
5.2.1 (1) bahagian luar risalah kasut jenama New Balance-soffi agaki



 
5.2.1 (2) bahagian dalam risalah kasut jenama New Balance-soffi agaki

tugasan keempat-packaging


4.0         Tugasan 4
Tugasan ini memerlukan pelajar menggunakan aplikasi perisian illustrator dan photoshop bagi membuat satu rekabentuk pembungkusan (packaging). Template pembungkusan telah diberi dan pelajar akn membuat reka letak pembungkusan pada template tersebut. Tugasan yang diberikan adalah untuk membuat pembungkusan produk iks di Malaysia. Antaranya seperti dodol, kerepek, kekacang, bahulu dan sebagainya. Ianya adalah sebagai cara penarik yang baru terhadap produk iks dan member impak besar kepada industri iks di Malaysia.




4.1.1 contoh pembungkusan produk iks-(muhamad Khalid)

 
4.1.2 contoh pembungkusan produk iks-(soffi agaki)


tugasan ketiga-branding type


3.0         Tugasan 3
Merupakan tugasan yang menggunakan perisian adobe illustrator sepenuhnya yang menggabungkan Digital Art 2D and 3D. Tugasan ini mementingkan geometric shape or type shape with colour. Ianya juga menggabungkan kepentingan pendekatan asas seni reka. Tugasan ini merupakan tugasan hands-on dan dibuat semasa masa kuliah. Pada akhir proses pembelajaran, pelajar akan dapat memahami proses mereka bentuk logo yang menggabungkan bentuk tulisan yang membentuk imej yang merujuk kepada makna sesuatu tulisan yang diberi. Selalunya ianya mencerminkan sesuatu yang dipanggil the nature of branding.

 

3.1.1 gambar tugasan berdasarkan ayat/pernyataan yang membentuk suatu imej



3.1.2 gambar tugasan 3 yang merujuk kepada pernyataan yang membentuk satu imej



tugasan kedua-field trip


2.0         Tugasan 2
Photo studies: poster
Pelajar dikehendaki membuat tugasan yang berkaitan dengan sesuatu tema yang diberi. Kedua dua kumpulan kuliah diberi satu tajuk yang sama iaitu kajian lapangan di pasar malam Tanjung Malim. Mereka diberi pendedahan mengenai teknik yang akan dibuat melalui pemilihan gambar yang meliputi segala aspek antaranya pengulangan (repeatation), pergerakan (movements), dan teknik lapisan (layer) yang membentuk pergerakan. Tugasan ini menggunakan perisian photoshop yang mengfokuskan kepada grafik typographic layout and composition menggunakan filter effect. Pada akhir pembelajaran dan tugasan, pelajar akan dapat memahami prinsip rekabentuk bagi reka bentuk typographic dan rekabentuk poster yang kreatif dalam menggabungkan imej.


 2.1.1 Contoh pergerakan (movements) belon 

 
2.1.2  contoh gambar pengulangan (repeatation) individu sebagai focus point

tugasan pertama..visit upsi


1.0     Tugasan 1
Tugasan ini merupakan tugasan yang menggunakan perisian adobe photoshop cs3-5. Para pelajar diajar cara menggunakan filter dan menggunakan aplikasi dalam perisian photoshop. Latihan, penerangan  dan kemahiran diajar semasa didalam kuliah dan sekiranya pelajar tidak faham boleh menemui beliau diluar waktu kuliah bagi mendapatkan penjelasan.. tugasan ini dipanggil self portrait dan ianya berfokuskan kepada iklan yang bertumpukan UPSI. Maknanya para pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan self portrait yang bertemakan kebitaraan UPSI di Malaysia. Tugasan ini mementingkan penggunaan taipografi, imej yang digunakan , warna serta komposisi gambar yang perlu diolah bagi menjadikannya menarik.

1.1 gambar self portrait mencerminkan UPSI

 
1.1.2 gambar self portrait mencerminkan UPSI