Wednesday, 30 May 2012

ape yang dimaksudkan dengan grafik, grafik komputer


Definisi grafik
Dapat ditakrifkan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkan daripada pelbagai media se[erti pen, cat, berus.
Menurut kamus dewan, grafik adalah perkara yang berkaitan dengan ukiran, gambarajah, dan lukisan, ianya bermaksudpenggunaan visual untuk menerangkan konsep yang sukar dan tidak dapat dijelaskan oleh teks.
Definisi Grafik komputer
dapat didefinisikan sebagai sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer seperti PC, macintosh, silicon graphics. Imej yang dihasilkan adalah ikon yang ringkas tetapi mudah difahami.
“Graphics (from Greek γραφικός graphikos) are visual presentations on some surface, such as a wall, canvas, screen, paper, or stone to brand, inform, illustrate, or entertain. Graphics word is derived from the word graph. A graph has x and y axis. Same way something which is created in digital word is seen on a digital screen, this screen also has x and y axis. So the output on any digital device is termed as graphics. In other words an image that is generated by a computer called graphics. The pictorial representation and manipulation of data, as used in computer-aided design and manufacture, in typesetting and the graphic arts, and in educational and recreational programs.”-wikipedia encyclopedia


pengenalan tugasan dalam kursus ini


‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’ (Surah al-`Asr, 103:1-3)

Pengenalan kursus MSG 3023 iaitu kursus grafik komputer.

Kursus ini mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal aspek komunikasi visual melalui penggunaan komputer, peranan reka bentuk grafik dan aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk seni komunikasi visual. Pelajar juga akan mempelajari secara manual dan aplikasi komputer serta teknik-teknik menghasilkan ilustrasi, poster, animasi 2D, persembahan multimedia linear  dan interaktif berasaskan penggunaan komputer.

Pengenalan tugasan tugasan dalam kursus grafik komputer MSG3023 ini. Dibawah kendalian pensyarah iaitu Dr Ridzuan Bin Hussin ini, terdapat 5 tugasan iaitu:

Tugasan 1:     Self-portrait: Mereka bentuk iklan (Adobe Photoshop - Penggunaan (taipografi),   imej, warna, dan komposisi)                                             

Tugasan 2:     Photo studies: Poster: mengaplikasikan idea yang merujuk kepada (Adobe Photoshop - grafik dan typograhic layout and composition, eksperimentasi imej melalui pelbagai filter effects).            Field trip        

Tugasan 3:     Digital Art 2D + 3D - Adobe Illustrator ( tugasan ini dikehendaki dibuat dalam studio kerana perlu dihantar dengan segera. Ianya merupakan tugasan hands-on.                

Tugasan 4:     Mereka bentuk pembungkusan (packaging) or Living typography          

Tugasan 5:     Mereka bentuk risalah (flyer) (Adobe InDesign)   

salam perkenalan pengerat ukhuwah






”Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih”

assalamualaikum..salam pembuka bicara..
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan 1 hingga ke lima iaitu blog untuk kursus grafik komputer MSG3023. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR RIDZUAN HUSSIN yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dengan jayanya. Setinggi-tinggi  penghargaan kepada  beliau kerana memberi peluang kepada semua pelajar mempelajari grafik komputer ini. Secara individu, melalui kelas ini ini saya dapat menambah pengetahuan di samping mempelajari teknik dan kemahiran.
Jutaan  terima kasih buat kalian sahabat kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya ketika membuat tugasan ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan. Hanya  ALLAH S.W.T dapat  membalas jasa baik kalian.
Akhir sekali, ribuan terima kasih semua pihak di  atas segala bantuan dan tunjuk ajar selama ini. Tanpa sokongan dari semua pihak, mungkin agak sukar bagi  saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Sekian,terima kasih.
…………………………
(MUHAMAD KHALID AWANG D20091035320)
(MOHD SOFFI AGAKI BIN KISSON D20091035293)